Friday, June 19, 2009

SELAMAT HARI BAPA


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Salam allz...sempena bulan jun ni, mau ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari bapa untuk bapa-bapa seluruh dunia, termasuklah yang baru bakal-bakal.hehehe...

Bila dipikir-pikir kembali, jasa seorang yang bergelar bapa sangatlah besar dalm hidup kita. Tak terhitung oleh jari mahupun kalkulator elektronik...keringat yang mengalir besar maknanya.

Kenangan dengan insan bergelar bapa tak mungkin akan luput selagi hayat masih ada..tidak kiralah kenangan itu manis, pahit, masam, suam-suam kuku...semua itu rencah dan rempah kehidupan.

walau siapa pun individu yang bergelar bapa, hormatilah mereka. hargailah mereka selagi adanya waktu...sayangilah mereka selagi mampu. Kadang-kadang, ada yang lupa akan kehadiran mereka...bila sudah kehilangan, baru mau meraba dalam gelap. Yang patah mungin akan tumbuh, yang hilang mungkin akan berganti....tapi yang pasti tiada yang serupa....

bapa...abah...ayah..papa...daddy...apa...father...baba....
walau apa gelarannya, tanpa mereka siapalah kita....

Tuesday, June 16, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU....

Finally, salah seorang lagi ahli keluargaku yang meninggalkan zaman bujangnya. Selamat tinggal bujangan. Hehehe.... Selamat pengantin Baru untuk my abang "gurul" and pasangannya merangkap kawanku "idah"... semoga berbahagia hingga ke syurga.

Sunday, January 18, 2009

here we are..:)


mama, bapa, kakak, abang Ool, kak zatul, abg gurul, nanie, ijaL, ilU, pija & daus

my Youngest Family




di pergunungan itu.. si kecil yang sentiasa disayangi.. Zaim Luqman.. anak kecil cahaya hati buat keluarga..



Thursday, December 11, 2008

Fish Massage


"Fish Massage" dengar macam pelik tapi inilah salah satu keunikan yang terdapat di Sungai Moroli, kampung Luanti, Ranau. Spa secara semulajadi. Sungai ini terletak kira-kira 131Km dari Kota Kinabalu (2 jam, 40 minit perjalanan). Ikan-ikan tu memang "mesra alam" dan terlatih. Sangat baik untuk sesiapa yang menghidap gatal-gatal kulit..ikan-ikan ni, selain dari pandai mengurut, akan memakan sel-sel kulit mati di badan kita. Nak tau lebih lanjut surf ja ke www.sabahtourism.com.

TEMPAT-TEMPAT YANG BOLEH DILAWATI DI RANAU



"PORING HOT SPRING" atau Kolam Air Panas Poring, terletak 30Km dari Pekan ranau. Selalunya pelancong-pelancong dari luar suka datang ke sini selepas penat mendaki gunung. Nak panas-panaskan badan dengan mandi di kolam-kolam air panas yang banyak di sediakan. Bagi mereka yang suka privacy, tempat mandi tertutup turut disediakan. Macam-macam la ada di sini. klik link di bawah ni untuk info lebih lanjut.
www.suterasanctuarylodges.com.my/poring_hot_spring.php

Kinabalu Park


"Kinabalu Park", Kundasang Ranau Sabah. Salah satu daripada pusat pelancongan yang Famous di daerah Ranau ni. Nak daki Gunung Kinabalu kena pegi tempat ni lah. Lebih kurang 8Km dari rumah saya. Suasana dia memang best la...(bagi yang mencintai alam sekitar)..hehehe..Sejuk, nyaman...nak hirup udara segar datang lah ke sini.