Thursday, December 11, 2008

Fish Massage


"Fish Massage" dengar macam pelik tapi inilah salah satu keunikan yang terdapat di Sungai Moroli, kampung Luanti, Ranau. Spa secara semulajadi. Sungai ini terletak kira-kira 131Km dari Kota Kinabalu (2 jam, 40 minit perjalanan). Ikan-ikan tu memang "mesra alam" dan terlatih. Sangat baik untuk sesiapa yang menghidap gatal-gatal kulit..ikan-ikan ni, selain dari pandai mengurut, akan memakan sel-sel kulit mati di badan kita. Nak tau lebih lanjut surf ja ke www.sabahtourism.com.

TEMPAT-TEMPAT YANG BOLEH DILAWATI DI RANAU



"PORING HOT SPRING" atau Kolam Air Panas Poring, terletak 30Km dari Pekan ranau. Selalunya pelancong-pelancong dari luar suka datang ke sini selepas penat mendaki gunung. Nak panas-panaskan badan dengan mandi di kolam-kolam air panas yang banyak di sediakan. Bagi mereka yang suka privacy, tempat mandi tertutup turut disediakan. Macam-macam la ada di sini. klik link di bawah ni untuk info lebih lanjut.
www.suterasanctuarylodges.com.my/poring_hot_spring.php

Kinabalu Park


"Kinabalu Park", Kundasang Ranau Sabah. Salah satu daripada pusat pelancongan yang Famous di daerah Ranau ni. Nak daki Gunung Kinabalu kena pegi tempat ni lah. Lebih kurang 8Km dari rumah saya. Suasana dia memang best la...(bagi yang mencintai alam sekitar)..hehehe..Sejuk, nyaman...nak hirup udara segar datang lah ke sini.